4.1 Matlamat perpaduan yang diidamkan
a. Detik Perpaduan
Definisi: Proses menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap masyarakat dapat membentuk satu identity dan nilai Bersama serta memiliki perasaan cinta dan bangga kepada tanah air.
Situasi Perpaduan
Contoh yang paling
mudah apabila jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei bertanding dan
memenangi pingat di temasya sukan olimpik. Semua rakyat tanpa mengira
bangsa,kaum dan perbezaan politik duduk bersama memberi sokongan padu kepada
beliau. Inilah detik perpaduan yang ditonjolkan rakyat Malaysia & sehingga
kini diteruskan dalam mana-mana acara sukan sekalipun.
*Gambar-gambar masyarakat bergabung untuk menyokong Datuk Lee Chong Wei
*Datuk Lee Chong Wei berjabat tangan bersama peminatnya.
b. Detik Perbezaan
Perkara yang
membezakan antara kita dan orang sekeliling kita,terutamanya budaya ,agama dan
bangsa Malaysia.Perbezaam ini perlu dilihat dari aspek positif untuk
mengukuhkan lagi perpaduan dan hubungan antara kaum.
Contoh situasi
Perayaan
- Sudah menjadi amalan Rakyat Malaysia ,tradisi atau amalan rumah terbuka seakan menjadi kemestian bagi setiap perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri , Deepavali,Tahun baru Cina dan hari Krismas.Perayaan ini disambut meriah setiap tahun oleh semua kaum di negara tanpa mengira agama dan keturunan.Melaluinya ia dapat memupuk semangat kekitaan,kejiranan selain merapatkan hubungan antara jiran tetanggan.
- Amalan
menyambut perayaan bersama-sama dapat memupuk semangat perpaduan antara
kaum.Pelbagai kaum turut menyambut perayaan Tahun Baru Cina ,Hari Raya Aidilfitri dan Hari
Deepavali. Malah mereka juga memakai pakaian kaum lain.
*Gambar masyarakat merayakan Hari Gawai
Ulasan
Catat Ulasan