4.2 Tahap Kesepaduan yang Dicapai
a. Kesepaduan Nasional
Kesepaduan sosial merupakan suatu fenomena
sosial yang berlaku dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Kesepaduan
sosial berlaku dan telah diterapkan dalam pendidikan di Malaysia pada hari ini
melalui falsafah pendidikan negara, penerapan nilai murni, dan dasar-dasar
kerajaan yang terangkum dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Kesepaduan sosial juga telah
termaktub dalam objektif DSKP mata pelajaran Sejarah yang telah digunakan oleh guru-guru sejarah
pada hari ini melalui KSSR dan KSSM. Kajian ini akan menjelaskan tentang
kesepaduan sosial dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah dan melihat kesediaan
guru serta sokongan sekolah. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dan
menggunakan reka bentuk kajian kes. Pengkaji menggunakan temu bual mendalam
bagi pengumpulan data kajian ini. Hasil
dapatan kajian ini mendapati bahawa kesediaan guru terhadap kesepaduan sosial
dalam mata pelajaran Sejarah adalah di tahap sederhana melalui pengetahuan yang
sedikit tentang penerapan kesepaduan sosial secara tidak langsung dan secara
langsung. Sokongan sekolah terhadap kesepaduan sosial juga dapat dilihat
melalui penganjuran program, kerja kursus yang disediakan untuk pelajar dan
pelbagai lagi aktiviti yang dirancang bagi mengeratkan silaturrahim antara
warga sekolah serta komuniti setempat. Namun begitu, hasil kajian ini mendapati
bahawa program dan aktiviti yang dijalankan adalah bermusim dan tidak
berterusan serta serius dalam menekankan kesepaduan sosial dalam kalangan
pelajar.
b. Defisit Sosial
Defisit sosial bermakna kekurangan dalam konteks sosial yang memerlukan usaha penyatupaduan berterusan untuk meningkatkan tahap kesepaduan;
Kekurangan ini disebabkan jurang perbezaan persepsidan pendapat dalam kalangan kelompok yang berbeza bermula dengan individu, keluarga dan masyarakat. Kita melalui IPNas telah mengenalpasti Defisit Sosialini yang diperoleh dari suara hati orang ramai melalui pertemuan dengan mereka. Pembentukan 'tapak integrasi' yang dibina berasaskan prinsip tawar-menawar, perundingan dan pengantaraan.
Perlembagaan Persekutuan ialah mercu tanda tapak integrasi yang menjadi asas dan teras kesepaduan rakyat Malaysia. Penyatupaduan pula terjelma dalam pelbagai bentuk usaha yang perlu terus dilaksanakan untuk mencari penyelesaian defisit sosial dengan membina tapak integrasi di semua lapisan masyarakat. Kementerian Perpaduan Negara dari segi skop dan fungsi bertanggungjawab untuk meneruskan usaha penyatupaduan pada semua peringkat melalui pembinaan tapak integrasi untuk meringankan beban defisit sosial; memantau segala usaha mempertahan dan mengekal kesepaduan dengan mengseimbangkan antara perbezaan dan persamaan. Perpaduan yang diidamkan boleh dicapai dengan usaha terus menerus pemantauan kesepaduan dan pembinaan tapak integrasi sebagai instrumen utama penyatupaduan.
Kerajaan sudah menyediakan tiga dokumen penting dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini untuk mengasaskan pemikiran baharu ini iaitu Pelan Perpaduan, Kesepaduan, Penyatupaduan 2015 (PPKP 2015); Indeks Perpaduan Nasional 2018 (IPNAS 2018) dan Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2020 (PTPN 2020). menggunakan instrumen tapak integrasi. Defisit sosial seperti etnisiti/kaum, agama, kelas sosial, pendidikan, bahasa, jurang generasi, gender, federalisme, ruang desa-bandar dan media. Dari setiap ruang defisit sosial ini, kita boleh membina program segera, misalnya dengan cara membabitkan lebih 8,000 kawasan rukun tetangga (KRT) di seluruh negara yang kini di bawah KPN yang sudah aktif dengan pelbagai kegiatan perpaduan. Inilah pemikiran baharu yang perlu diangkat KPN yang dibina kembali selepas pengumuman kabinet oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 9 Mac lalu, sekali gus mengisi pemahaman baharu seluruh negara mengenai perpaduan.
- Perkongsian Sejarah
- Perkongsian Nilai
- Perasaan Kekitaan Bersama
- Perkongsian Masa Depan
- Kesetiaan
- Komitmen
- Keterikatan Emosi Negara
Ulasan
Catat Ulasan